Sekolah Rendah Arab JAIM Pernu, Melaka merupakan salah sebuah sekolah tajaan Jabatan Agama Islam Melaka di bawah Kerajaan Negeri Melaka. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1995. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah ini berteraskan dua bidang iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) di bawah penyeliaan Jabatan Pelajaran Melaka dan Kurikulum Arab di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Melaka, Bahagian Pendidikan & Pelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran sekolah ini dahulunya menumpang di bangunan Sekolah Rendah Agama Pernu. Kini, Sekolah ini mempunyai bangunan sendiri dan mempunyai 22 bilik darjah dan murid-murid yang di sekolah ini bermula dari tahun Satu hingga Enam.

Pada awal penubuhannya, bilangan guru adalah seramai 10 orang manakala muringya seramai 95 orang. Pencapaian murid sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum boleh dibanggakan. Tahun demi tahun, peningkatan peratusan UPSR semakin meningkat. Begitu juga peperiksaan SIA yang dahulunya dikenali dengan peperiksaan SSRA amat membanggakan. Sekolah ini juga pernah mencapai keputusan 100% dalam peperiksaan SSRA. Jelaslah menunjukkan komitmen guru-guru terhadap sekolah ini tidak pernah berbelah bagi.
Begitu juga dalam bidang kokurikulumnya. Sekolah ini sering meraih tempat pertama dan kedua dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam, Bahagian Pendidikan dan Pelajaran. Sebagai contoh dalam aktiviti syarahan, musabaqah dan muha

Kini, jumlah murid di sekolah ini sebanyak 578 orang dengan tenaga pengajar seramai 41 orang 41 orang dan 3 orang staf sokongan. Kami warga Sekolah Rendah Arab JAIM Pernu bersatu hati untuk menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak bangsa kami demi mencapai aspirasi Negara yang berkehendakkan lahirnya insane yang cemerlang, gemilang dan terbilang.