.




KOD SEKOLAH : MCT2001
GRED SEKOLAH : B(GRED B)

STATUS : B(BUKA)

SIDANG : PAGI

BAHASA PENGANTAR : A (BAHASA MELAYU)

ASRAMA : TIADA

MILIK BANGUNAN : KERAJAAN NEGERI MELAKA
KONGSI BANGUNAN : SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM ( KAFA )
PUSAT PKG : BQA 1002 (AYER MOLEK)

PEMILIK TANAH : KERAJAAN NEGERI MELAKA
KAWASAN DUN : DUN TELOK MAS
KAWASAN PARLIMEN : KOTA MELAKA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH : MELAKA TENGAH

JENIS BANTUAN : BANTUAN KERAJAAN ( SABK )

TARIKH PENUBUHAN : 1.12.2001

LUAS KAWASAN : LEBIH KURANG 5 EKAR

MUKIM KAWASAN : MUKIM PERNU

JARAK KE PPD : 12KILOMETER

JUMLAH MURID (JANUARI 2009) : 560 ORANG

JUMLAH GURU : 41 ORANG

STAF SOKONGAN : 3 ORANG

NO. TEL. SEKOLAH : 06-2618236

NO. FAKS : 06-2618236

GURU BESAR : TN. HJ. RASALI BIN BULAT
GURU PENOLONG KANAN 1 : PN HJH JAWEAH BINTI MD YASIN

GURU PENOLONG KANAN HEM : PN. HJH IZZAH BINTI MUSA
GURU PENOLONG KANAN KO-KU : PN. REQMAH BINTI OTHMAN

MISI


Sek. Ren. Arab JAIM Pernu menjadi institusi pendidikan rendah yang cemerlang dalam bidang Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Agama / Arab JAIM pada 2010

VISI

Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik dan berkesan Untuk melahirkan generasi pelajar yang berketerampilan, berdisiplin, beriman, bertaqwa dan mempunyai jati diri yang kental serta bersedia mengharungi alam persekolahan menengah seterusnya mempunyai daya saing dan daya juang yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, keluarga, masyarakat, agama dan negara.





Sekolah Rendah Arab JAIM Pernu, Melaka merupakan salah sebuah sekolah tajaan Jabatan Agama Islam Melaka di bawah Kerajaan Negeri Melaka. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1995. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah ini berteraskan dua bidang iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) di bawah penyeliaan Jabatan Pelajaran Melaka dan Kurikulum Arab di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Melaka, Bahagian Pendidikan & Pelajaran.


Pengajaran dan pembelajaran sekolah ini dahulunya menumpang di bangunan Sekolah Rendah Agama Pernu. Kini, Sekolah ini mempunyai bangunan sendiri dan mempunyai 22 bilik darjah dan murid-murid yang di sekolah ini bermula dari tahun Satu hingga Enam.

Pada awal penubuhannya, bilangan guru adalah seramai 10 orang manakala muringya seramai 95 orang. Pencapaian murid sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum boleh dibanggakan. Tahun demi tahun, peningkatan peratusan UPSR semakin meningkat. Begitu juga peperiksaan SIA yang dahulunya dikenali dengan peperiksaan SSRA amat membanggakan. Sekolah ini juga pernah mencapai keputusan 100% dalam peperiksaan SSRA. Jelaslah menunjukkan komitmen guru-guru terhadap sekolah ini tidak pernah berbelah bagi.


Begitu juga dalam bidang kokurikulumnya. Sekolah ini sering meraih tempat pertama dan kedua dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam, Bahagian Pendidikan dan Pelajaran. Sebagai contoh dalam aktiviti syarahan, musabaqah dan muhadasah. Selain diperingkat Jabatan Agama Islam, pembabitan sekolah ini dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Melaka amat membanggakan. Sekolah ini pernah menjadi johan Pertandingan Syarahan dan Bercerita Peringkat Zon Bukit China seterusnya mewakili zon ke peringkat negeri. Dibidang kokurikulum pula, murid-murid pernah mewakili dalam bidang bola sepak, bola jaring dan ping pong di peringkat negeri.





Kini, jumlah murid di sekolah ini sebanyak 578 orang dengan tenaga pengajar seramai 41 orang 41 orang dan 3 orang staf sokongan. Kami warga Sekolah Rendah Arab JAIM Pernu bersatu hati untuk menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik anak bangsa kami demi mencapai aspirasi Negara yang berkehendakkan lahirnya insane yang cemerlang, gemilang dan terbilang.